Wednesday, August 10, 2011

hai...im back

Barang jualan Aidilfitri RM10,000 hangus


KOTA BHARU: “Semua barangan termasuk beg tangan, kerongsang dan tudung dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000 yang sepatutnya dijual sempena Aidilfitri musnah dalam sekelip mata,” kata ibu tunggal, Norlia Mohd Zain, 43.

Norlia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediamannya di Lundang, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 6 pagi, semalam.


Menurut Norlia, ketika kejadian, hanya ibunya, Kalsom Daud, 70, dan dua anaknya, Wan Norashidah Wan Kamarudin, 17 serta Wan Khairul Riduan Al Hakim Fitri, 14, masing-masing belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail berada di rumah.

“Ketika itu, saya di luar kerana berniaga barangan keperluan harian termasuk biskut berdekatan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Ramadan,” katanya.


kesian kat diowng.. kite patut bersyukur walaupn xde ape2 sbb dpt sambut hari raya tanpa sebarang masalah... ;-)



Saturday, March 19, 2011



Assalamualaikum....
setelah sekian lama menyepikan diri......kini aku kembali berblogging...wiki2...keh3 =p

Tajuk Kiasan Kali ini...Cerita menyedihkan...Kesian....Renung2kan...







KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas hampir membunuh dirinya akibat tekanan melampau selepas ditipu ‘tok guru’ nombor ekor yang mendakwa beroperasi di sebuah rumah ibadat di Utara tanah air menyebabkannya kerugian lebih RM100,000.

Difahamkan, kejadian bermula selepas mangsa, bekas penjawat awam menerima risalah yang menyiarkan janji kosong untuk memenangi wang RM1.5 juta melalui cabutan empat nombor ekor pada November tahun lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ng, 72, terlalu taksub mempercayai dakwaan itu selepas membaca testimoni yang terkandung dalam risalah terbabit sebelum menelefon nombor telefon tertera bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mengubah nasibnya yang bergantung hidup pada wang pencen.


Menurutnya, gambar patung berhala pada risalah itu serta senarai pemenang nombor ekor menjadikannya yakin untuk menghubungi nombor telefon berkenaan.

“Seorang lelaki yang dikenali sebagai Lee menjawab panggilan itu dan dengan nada meyakinkan, dia menerangkan mengenai skim berkenaan yang akan membolehkan saya memenangi wang RM1.5 juta melalui pembelian nombor ekor.


“Saya memasukkan RM250 ke dalam akaun diberikan untuk mendaftarkan diri pada 15 November lalu,” katanya ketika membuat pendedahan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.


Katanya, dia diminta memasukkan lagi RM360 dan RM500 dua hari berturut-turut dan pada 17 November lelaki itu menghubunginya untuk memaklumkan dia sudah memenangi cabutan nombor ekor bernilai RM1.5 juta.





_____________________________________________________________